Thursday, 1 May 2014

KEWAJIBAN SOLAT BERJEMAAH

KEWAJIBAN SOLAT BERJEMAAH

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا مَالِكٌ ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ ، عَنِ الْأَعْرَجِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ ص قَالَ : " وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ، ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا، ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيَؤُمَّ النَّاسَ، ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ يَعْلَمُ أَحَدُهُمْ أَنَّهُ يَجِدُ عَرْقًا سَمِينًا أَوْ مِرْمَاتَيْنِ حَسَنَتَيْنِ لَشَهِدَ الْعِشَاءَ "

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh telah timbul keinginanku untuk memerintahkan agar kayu bakar dikumpulkan. Kemudian aku memerintahkan solat dan dikumandangkan azan, lalu aku memerintahkan seseorang untuk mengimami manusia. Kemudian aku pergi kepada beberapa orang lelaki, lalu aku bakar rumah-rumah mereka. Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, apabila salah seorang mereka mengetahui bahawa ia memperoleh tulang yang gemuk atau daging yang baik, nescaya ia akan menghadiri solat Isya’.”

Keterangan hadith :

Menurut Atha’,Al-Auza’i, Ahmad dan sejumlah ahli hadith dalam mazhab Syafi’i menyatakan solat berjemaah merupakan kewajiban individu (fardhu ‘Ain).

Menurut Daud dan orang yang sefahaman dengannya menyatakan solat berjemaah ialah syarat sah solatnya. Akan tetapi pemahaman seperti ini tidak dapat diterima, kecuali apabila diakui bahawa semua yang diwajibkan pada solat menjadi syarat bagi solat itu. Oleh itu, Imam Ahmad menyatakan bahawa “Sesungguhnya solat berjemaah hukumnya wajib dan bukan sebagai syarat sahnya solat.”

Manakala pernyataan tekstual Imam Syafi’i menyatakan bahawa solat berjemaah adalah kewajiban sosial (fardhu kifayah). Inilah yang menjadi pendapat majoriti ulamak mazhab Syafi’i. Pendapat ini juga disepakati oleh sebahagian ulamak mazhab Hanafi dan Maliki.

Pendapat masyhur di kalangan ulamak lainnya adalah bahawa solat berjemaah hukumnya sunat muakkadah (sunat yang sangat dianjurkan).

-WALLAHU A’LAM)

Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Gazirah Abdi Ummah. Cetakan 6. Jilid 4. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab Adzan. Bab 29. Halaman 136-139.

CARA ALLAH MENCABUT ILMU

CARA ALLAH MENCABUT ILMU

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبِي أُوَيْسٍ ، قَالَ : حَدَّثَنِي مَالِكٌ ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ص يَقُولُ : " إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ، حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا، فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا " ، قَالَ الْفِرَبْرِيُّ : حَدَّثَنَا عَبَّاسٌ، قَالَ : حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ هِشَامٍ نَحْوَهُ.

Maksudnya : Dari Abdullah bin Amr bin cAsh RA katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,”Allah tidak menarik kembali ilmu pengatahuan dengan jalan mencabutnya dari hati sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengatahuan (ulama). Apabila orang berpengatahuan telah punah, maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka itu sesat dan menyesatkan.”

Syarah hadith :
(Allah SWT tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya) atau menghapus ilmu dari lubuk hati sanubari. Rasulullah SAW mengucapkan hadith ini pada saat haji wada’, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tabrani dari hadith Abu Umamah, bahawa saat haji wada’ Nabi SAW bersabda, “Pelajarilah ilmu sebelum datang masa punahnya ilmu tersebut.” Arabi berkata, “Bagaimanakah cara ilmu diangkat atau dipunahkan? Baginda bersabda, “Punahnya ilmu itu dengan punahnya para ulama’ (orang yang menguasai ilmu tersebut.”

Hadith ini menganjurkan untuk menjaga ilmu, peringatan bagi pemimpin yang bodoh, peringatan bahawa yang berhak mengeluarkan fatwa adalah pemimpin yang benar-benar mengetahui, dan larangan bagi orang yang berani mengeluarkan fatwa tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan. Hadith ini juga dijadikan alasan oleh jumhur ulama’ untuk mengatakan bahawa pada zaman sekarang ini tidak ada lagi seorang mujtahid. 

Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Gazirah Abdi Ummah. Cetakan 9. Jilid 1. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitabul Ilmi. Bab 34. Halaman 374-375.

GOLONGAN YANG AKAN MENDAPAT PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH

GOLONGAN YANG AKAN MENDAPAT PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH

حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ، حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " إِذَا فَسَدَ أَهْلُ الشَّامِ فَلاَ خَيْرَ فِيكُمْ لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي مَنْصُورِينَ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ
حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

كتاب الفتن عن رسول الله صلى الله عليه وسلم) باب مَا جَاءَ فِي الشَّام)

Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja’far berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Mu’awiyah bin Qurrah dari Bapanya ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Akan senantiasa ada sekelompok dari umatku mendapat pertolongan. Orang-orang yang menghinakannya tidak akan membahayakan mereka hingga terjadi hari kiamat.”
(HR. Muslim: Kitabul Imarah no. 3544 dan Tirmidzi: Kitabul fitan no. 2155 )

keterangan:

’At-Thaifah al-Manshurah’ ialah kelompok/golongan yang mendapatkan pertolongan, yang memperoleh kemenangan. Hadith ini menjelaskan akan adanya sekelompok umat dari (kaum Muslimin) yang senantiasa berjuang menegakkan dan membela agama Islam yang ’haq’. Mereka itu senantiasa berada di atas kebenaran dan mendapat pertolongan Allah dan memperoleh kemenangan malah tidak berpengaruh dengan kelompok lain yang membencinya dan memusuhinya. Mereka terus istiqamah dalam kebenaran hingga hari kiamat.
Para ahli hadits seperti imam Bukhari dan Imam Ahmad berpendapat bahwa Thaifah Manshurah adalah ashabul hadits, alim ulama yang menjaga risalah Islamiyah tetap berada pada kemurnian agama Islam sebagaimana pada awalnya Rasulullah Saw dan para sahabat, generasi awal atau generasi salaf menerima, memahami dan mempraktikkan ajaran Islam dari sumber yang asal.
Para ulama menyebut at-Thaifah al-Manshurah adalah sebahagian dari (Golongan yang Selamat), sebahagian dari Ahl Sunnah Wal Jamaah, sebahagian dari Al-Ghuraba ( Yang Terasing). Bahwa kebenaran itu tidak akan pernah sirna dan akan terus bersinar disetiap zaman dan generasi.

PENGAJARAN HADITH

1. Akan adanya sekelompok umat Muhammad yang sentiasa membela sunnahnya dan berpegang kepada kebenaran di setiap zaman, semoga kita termasuk dalam golongan mereka. 
2. Golongan yang mendapat pertolongan ini akan terus berjalan dan menebar walaupun dicemuh oleh orang yang membenci ahli ibadat.
3. Golongan ini akan ditolong oleh Allah dari segi kekuatan fizikal dan kekuatan hujah dan keterangan.
4. Golongan ini akan ada sampai ditiupkan angin yang lembut yang mencabut nyawa setiap muslim sebelum ditiupnya sangkakala.

Rujukan:

Imam Yahya Bin Syarif An-Nawawi. 2000. Shahih Muslim Bi Syarah Nawawi. Pentahqiq: Muhammad Fuaad Abdul Baqi. Juzuk 18. Beirut, Lubnan. Halaman 70.Muhammad Idris Al-Marbawi. 2008. Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtashar Shahih at-Tirmidzi. Pengalih Tulisan: Noraine Abu. Juzuk 15. Kuala Lumpur.


CEMBURU MELIHAT ORANG DI DALAM KUBUR

CEMBURU MELIHAT ORANG DI DALAM KUBUR

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي مَكَانَهُ ".

(كتاب الفتن, باب لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُغْبَطَ أَهْلُ الْقُبُورِ, ٧١١٥, حديث صحيح)

Maksudnya :
Ismail telah menyampaikan kepada kami, Malik telah menyampaikan kepada kami, dari Abi Zinad, dari al-A’raj, dari Abu Hurairah daripada Nabi SAW berkata: “Tidak terjadi kiamat sehingga seorang lelaki lalu di kuburan lelaki lain kemudian dia berkata: “Aduhai, sekiranya akulah yang berada ditempatnya ini.”

Huraian Hadith :
Manusia akan memilih untuk mati daripada hidup. Kenapa? Jawapannya kerana keadaan ketika itu yang serba kacau dan meresahkan. Masyarakat tidak tenteram kerana banyak kecurian, penculikan, penindasan, pembunuhan dan sebagainya.
Orang yang di timpa penyakit, ditindas, dihina dan sebagainya tentunya akan memilih untuk segera mati daripada hidupnya menderita.
Orang yang cemburu melihat mayat di dalam kubur kerana melihat dia tenang dan tidak menghadapi masalah lagi. Sebenarnya kubur itu Nampak sahaja tenang tetapi orang yang berada di dalamnya kemungkinan meronta-ronta menghadapi seksaan kubur.
Kesimpulannya, di akhir zaman ini banyak berlakunya fitnah sehingga orang yang melihat kubur akan bercita-cita seandainya dialah yang berada di dalamnya.

Pengajaran Hadith :
Terdapat tanda-tanda berlakunya kiamat sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam al-Quran dan Hadith, hanya manusia sahaja yang belum mengambil iktibar daripadanya.
Terus bersabar dan tetap berada di jalan Allah walaupun dalam keadaan senang mahupun susah.
Sentiasa meningkatkan tahap keimanan di dalam diri setiap umat Islam agar kita bersama-sama dapat terhindar daripada fitnah.

Rujukan :
Ibnu Hajar al-Asqalani. Fathul Baari Bi Sharh Shahih al-Bukhari. Juzuk 13. Dar Ma’rifah : Beirut. Kitab 92. Bab 22. No. Hadith 7115. Halaman: 74- 76.
Drs. H. Syahrin Nasution. 2003. 50 Hadis Menceritakan Dunia Akhir Zaman. Pustaka Syuha: Kuala Lumpur. Halaman: 111 – 112.

MENGHINDARI DIRI DARI FTNAH MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

MENGHINDARI DIRI DARI FTNAH MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي صَعْصَعَةَ، عَنْ
أَبِيهِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم "
يُوشِكُ أَنْ يَكُونَ خَيْرَ مَالِ الْمُسْلِمِ غَنَمٌ، يَتْبَعُ بِهَا شَعَفَ الْجِبَالِ وَمَوَاقِعَ الْقَطْرِ، يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنَ الْفِتَنِ 

Maksudnya: Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada kami, malik telah mengkhabarkan kepadaku, daripada Abdul Rahman bin Abdullah bin Abi Sha’sha’ah, daripada bapanya, daripada Abu Sa’id al-Khudhri RA berkata kepada seseorang:“Aku lihat kamu suka menjaga kambing dan memeliharanya. Jagalah ia dan jagalah makanannya dengan baik. Sesungguhnya aku mendengar Rasululullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada manusia satu masa yang mana kambing menjadi harta terbaik bagi orang muslim. Dia akan mendaki dan menyusuri tebing-tebing bukit membawa kambing-kambingnya itu semata-mata untuk melarikan dirinya daripada fitnah.”

Keterangan Hadith:

Hadis ini merupakan dalil bagi orang yang mengasingkan diri kerana risau akan keselamatan agamanya. Para ulama salaf berbeza pendapat mengenai hukum asal uzlah (mengasingkan diri). Menurut jumhur, berinteraksi sesama manusia adalah lebih utama kerana mendatangkan faedah-feadah agama seperti melaksanakan syiar Islam, memperbanyakkan jumlah kaum muslimin dan memberi pelbagai kebaikan kepada kaum muslimin seperti memberi bantuan dan lain-lain. Sebahagian lain berpendapat bahawa mengasingkan diri adalah lebih utama kerana lebih menjamin keselamatan dengan syarat mengetahui apa yang mesti dilakukan.
Imam al-Nawawi berpendapat bahawa seseorang itu perlu berinteraksi dengan manusia lain yakni tidak mengasingkan diri daripada ketika fitnah berlaku sekiranya dia yakin tidak akan terjerumus ke dalam kancah fitnah tersebut. Namun, jika di atidak mempunyai keyakinan menghadapinya, maka mengasingkan diri adalah lebih utama.

Pengajaran Hadith:

1. Menjauhkan diri yakni mengasingkan diri daripada fitnah digalakkan jika ianya membawa kemaslahatan. 
2. Berjemaah hendaklah atas kebenaran iaitu umat Islam bersatu atas kebenaran yang berasal daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Tidak boleh bersatu di atas sesuatu yang batil atu terkeluar daripada batas-batas Islam.

(Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 14. Halaman 133-142.)

TOLONG MENOLONG DALAM KEBAIKAN DAN TAQWA

TOLONG MENOLONG DALAM KEBAIKAN DAN TAQWA

حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ، حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ، قَالَ حَدَّثَنِي يَحْيَى، قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو سَلَمَةَ، قَالَ حَدَّثَنِي بُسْرُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ حَدَّثَنِي زَيْدُ بْنُ خَالِدٍ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَدْ غَزَا، وَمَنْ خَلَفَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِخَيْرٍ فَقَدْ غَزَا "
.
TERJEMAHANYA :

Dari ‘Abdurrahman Zaid bin Khalid al-Juhani, dia bercerita, Rasulullah SAW pernah bersabda : Barangsiapa yang menyediakan bekal bagi orang yang berperang di jalan Allah bererti dia telah ikut berperang. Dan barang siapa yang memberikan nafkah kepada keluarga orang yang berperang dengan kebaikan,bererti dia telah ikut berperang (Mutaafaq ‘Alaih)

(Sumber: Sahih Bukhari, Kitab Jihad Bab Kelebihan Menyediakan Bekal Bagi Orang Yang Berperang atau Ikut Berperang Hadis No 2843).

FAEDAH HADIS:

1. Masyarakat muslim itu hidup menjamin dan tolong menolong untuk buat kebajikan dan taqwa
2. Siapa shaja yang menolong orang muslim untuk berjihad,maka baginya pahala seperti orang yang berjihad tersebut.

(Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, 2005, Syarah Riyadhus Shalihin Penterjemah : M Abdul Ghoffar. Cetakan Pertama. Jilid 1. Jakarta : Pustaka Imam Asy-Syafii. Bab 21. Halaman 454)

SUNGGUH KAMU AKAN MELIHAT SESUDAHKU BANYAK PERKARA-PERKARA YANG KAMU INGKARI”

1.    SABDA NABI S.A.W “SUNGGUH KAMU AKAN MELIHAT SESUDAHKU BANYAK PERKARA-PERKARA YANG KAMU INGKARI”

حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ الْجَعْدِ أَبِي عُثْمَانَ حَدَّثَنِي أَبُو رَجَاءٍ الْعُطَارِدِيُّ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ إِلَّا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Maksudnya: Abu Nu’man telah menceritakan kepada kami, Hammad bin Zaid telah mencertikan kepada kami daripada Alja’ bin Abi Uyhman, Abu Raja’ al-‘Uthardi telah menceritakan kepada ku , dia berkata, aku mendengar Ibn Abbas daripada Nabi SAW bersabda: Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas ra bahaw Nabi Saw pernah bersabda: "Sesiapa yang melihat sesuatu daripada pemimpinnya yang tidak disukainya, hendaklah dia bersabar, kerana orang yang memisahkan diri dengan pemimpinnya meskipun sejengkal, maka dia akan mati dalam jahiliyah".
Keterangan Hadith
Ketaatan kepada pemimpin adalah salah satu kewajipan dalam agama, bahkan agama tidak akan tegak tanpanya. Hal ini kerana suatu kemaslahatan umat tidak akan dicapai melainkan umat masyarakat tersebut bersatu di bawah satu jemaah dan satu kepimpinan yang adil dan saksama. 
Imam Bukhari berkata: “Aku telah berjumpa dengan 1000 lebih para ulama di Hijjaz, Mekah, Madinah, Kufah, Bashraah, Wasith, Baghdad, Syam dan Mesir. Aku berjumpa dengan mereka berulang-ulang kali dari satu generasi ke generasi lain. Aku tidak pernah melihat seorangpun daripada mereka yang berbeza pendapat dalam sesuatu masalah.” Berdasarkan sabda Nabi SAW: “ Ada 3 perkara di mana hati seseorang muslim tidak akan dengki terhadapnya iaitu mengikhlaskan amalan kerana Allah, mentaati peerintah dan komitmen dengan al-jamaah kerana doa kepada pemerintah akan berkaitan juga dengan rakyatnya.” Selain itu, al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “ Para ulama telah bersepakat atas kewajipan taat kepada pemimpin yang menang (dalam merebut kekuasaan) dan wajib jihad bersamanya. Taat kepadanya lebih baik daripada membangkang kepadanya kerana hal tersebut akan mencegah pertumpahan darah dan menjamin kesejahteraan rakyat.”
PENGAJARAN HADITH
1. Wajib ke atas kita untuk mentaati pemerintah yang melaksanakan syariat Islam sebenar-benarnya.
2. Elakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah perpecahan dan perselisihan.
Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 2. Halaman 9-23.