Tuesday 29 April 2014

MENYEBARKAN SALAM SEBAHAGIAN DARIPADA ISLAM

MENYEBARKAN SALAM SEBAHAGIAN DARIPADA ISLAM

وَقَالَ عَمَّارٌ : ثَلَاثٌ مَنْ جَمَعَهُنَّ، فَقَدْ جَمَعَ الْإِيمَانَ الْإِنْصَافُ مِنْ نَفْسِكَ، وَبَذْلُ السَّلَامِ لِلْعَالَمِ وَالْإِنْفَاقُ مِنَ الْإِقْتَارِ


1.       Maksudnya : Ammar berkata,"Bagi sesiapa yang telah melakukan tiga hal ini maka ia telah memperoleh kesempurnaan iman, iaitu berlaku adil kepada diri sendiri,menyebarkan salam (perdamaian) ke seluruh alam (manusia) dan berinfak di waktu susah."

Abu Zinad bin Siraj dan ulama-ulama lainnya berkata, "Orang yang melakukan tiga hal tersebut maka imannya telah sempurna, kerana kesempurnaan iman sangat tergantung kepada tiga hal tersebut. Sebab seorang hamba yang memiliki sifat adil, akan selalu melaksanakan kewajiban yang diberikan kepadanya serta menjauhi segala sesuatu yang dilarang oleh Tuhannya. Hal ini dapat mencakup semua rukun iman. 
Mengucapkan salam mencerminkan akhlak yang mulia, sifat tawadhu' (rendah hati) dan menghormati serta tidak mencela orang lain, sehingga dengan demikian dapat terjalin hubungan saling mencintai antara sesama. Kemudian berinfak dalam kesusahan adalah merupakan perbuatan yang benar-benar mulia, sebab jika seseorang mahu berinfak pada saat ia memerlukan, maka pada waktu lapang ia akan lebih banyak berinfak. Pengertian "berinfak" dalam hadith ini bersifat umum atau tidak hanya terbatas pada keluarga dan tamu, yang wajib mahupun yang sunnah. Berinfak pada saat memerlukan merupakan manifestasi dari keimanan kepada Allah, zuhud terhadap kehidupan dunia dan tidak banyak berangan-angan. Hal ini membuktikan bahawa hadith tersebut adalah hadith marfu' (dinisbahkan kepada Rasulullah), kerana perkataan seperti itu hanya berasal dari lisan orang yang memiliki jawamiul kalim. Wallahu 'Alam.

Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Gazirah Abdi Ummah. Cetakan 9. Jilid 1. Jakarta : Pustaka Azzam. Halaman 146-147.

No comments:

Post a Comment