Wednesday 13 June 2012

Allah S.W.T menolak 1 daripada 3 doa Rasulullah S.A.W.



Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa :
"Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Oleh itu wahai saudara seagama ku,dari kisah Nabi ini marilah kita renung,fikir dan usaha bagaimana pentingnya kita perlu menyatukan hati umat ini..

Allah nak lihat usaha kita,Allah nak lihat susah payah kita,Allah nak lihat pengorbanan kita,Allah nak lihat sejauh mana pengharapan dan pergantungan kita kepada Dia.
Kemudian barulah la Allah akan hantar nusrahNya sebagaimana yg berlaku dlm kisah Nabi2 terdahulu,sebagaimana yg berlaku kpd para sahabat..Ia hanya akan kembali menjadi realiti bila mana Allah sahaja yg ada dlm hati kita.Keyakinan yang bulat 100% menyatakan bahawa hanya Allah la yg maha berkuasa,maha memberi manafaat dan mudharat..

No comments:

Post a Comment