Tuesday 29 April 2014

MAKANAN HALAL DAN SYARAT PENERIMAAN DOA


عَنْ أَبِي هُرَیْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الله تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ یَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَا وَإِنَّ الله أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَ االرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا } وَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآكمْ } ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ یُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ یَمُدُّ یَدَیْهِ إِلَى السَّمَآء: یَا رَبّ! یَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ، فَأَنَّى یُسْتَجَابُ لَهُ!

رواه مسلم.

یَآ أَیُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحً ( Surah al-Mukminun: 51)

یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ ( Surah al-Baqarah: 172)



Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesungguhnya Allah Ta’ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: ()Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh)). Dan Allah Ta’ala berfirman: ((Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu)).

Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?



KEFAHAMAN HADIS

1. Yang Baik & Diterima

Allah SWT tidak menerima amalan melainkan ia baik dan suci daripada sebarang kerosakan kesemuanya termasuk riya’ dan ujub. Allah SWT tidak menerima apa sahaja yang dibelanjakan dari hartabenda melainkan harta yang baik, suci dan halal. Rasulullah SAW juga menggesa agar sedekah yang dikeluarkan hendaklah dari harta yang diperolehi dari usaha yang halal dan baik.



2. Sebab Penerimaan Doa

a. Jauh Jarak Perjalanan

dengan bermusafir akan menyebabkan penerimaan doa. Apabila jauh jarak perjalanan itu maka ia lebih hampir kepada penerimaan doa kerana sesungguhnya ia akan menjadi sebab bagi keleburan jiwa dalam mengharapkan rahmat Allah SWT lantaran jauhnya perkelanaan dan berat kesusahan yang dipikuli.



b. Mewujubkan Keadaan Lusuh dan Usang pada Pakaian dan Keadaan Diri

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis yang masyhur maksudnya: “Moga-moga seorang yang kusut masai rambutnya dan  berdebu tubuhnya, hanya memakai sehelai pakaian, sering diusir dari muka pintu (rumah-rumah apabila meminta), jika ia berdoa kepada Allah akan menerima doanya”.



c. Menghulurkan Kedua-dua Tangan ke Arah Langit

Nabi SAW telah mengangkat kedua-dua tangan di dalam solat Al-Istisqa (solat minta hujan) sehingga jelas kelihatan keputihan warna kedua-dua ketiaknya dan mengangkat kedua-dua tangannya pada hari peperangan Badar memohon pertolongan Allah untuk memusnahkan kaum musyrikin sehingga jatuh selendang baginda SAW dari bahunya.



d. Merintih-rintih & Bersungguh-sungguh Dalam Berdoa

Iaitu dengan berulang-ulang kali menyebut rububiyyah (Ya Tuhanku, Ya Tuhanku!) dan ini adalah salah satu faktor yang besar dituntut bagi syarat penerimaan doa.



3. Doa Adalah Kepala Ibadah

Justeru seseorang yang berdoa ketika terputus harapannya pada yang lain selain dari Allah SWT adalah merupakan hakikat tauhid dan ikhlas dan tiada ibadat yang mengatasinya. Dalam erti kata lain, hanyalah pada Allah SWT ia meminta justeru ia berkeyakinan jitu bahawa selain dari Allah semuanya makhluk ciptaan Allah tidak boleh memberi manfaat dan tidak boleh mendatangkan mudarat melainkan dengan izin Allah jua apatah lagi untuk mengabulkan permintaannya.




(Sumber: Al-Wafi fi Syarh al-Arbain Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugha & Dr Muhyiddin Mistu. 2007. Dar al-Kalam al-Tib, Dimashq.)

MENYEBARKAN SALAM SEBAHAGIAN DARIPADA ISLAM

MENYEBARKAN SALAM SEBAHAGIAN DARIPADA ISLAM

وَقَالَ عَمَّارٌ : ثَلَاثٌ مَنْ جَمَعَهُنَّ، فَقَدْ جَمَعَ الْإِيمَانَ الْإِنْصَافُ مِنْ نَفْسِكَ، وَبَذْلُ السَّلَامِ لِلْعَالَمِ وَالْإِنْفَاقُ مِنَ الْإِقْتَارِ


1.       Maksudnya : Ammar berkata,"Bagi sesiapa yang telah melakukan tiga hal ini maka ia telah memperoleh kesempurnaan iman, iaitu berlaku adil kepada diri sendiri,menyebarkan salam (perdamaian) ke seluruh alam (manusia) dan berinfak di waktu susah."

Abu Zinad bin Siraj dan ulama-ulama lainnya berkata, "Orang yang melakukan tiga hal tersebut maka imannya telah sempurna, kerana kesempurnaan iman sangat tergantung kepada tiga hal tersebut. Sebab seorang hamba yang memiliki sifat adil, akan selalu melaksanakan kewajiban yang diberikan kepadanya serta menjauhi segala sesuatu yang dilarang oleh Tuhannya. Hal ini dapat mencakup semua rukun iman. 
Mengucapkan salam mencerminkan akhlak yang mulia, sifat tawadhu' (rendah hati) dan menghormati serta tidak mencela orang lain, sehingga dengan demikian dapat terjalin hubungan saling mencintai antara sesama. Kemudian berinfak dalam kesusahan adalah merupakan perbuatan yang benar-benar mulia, sebab jika seseorang mahu berinfak pada saat ia memerlukan, maka pada waktu lapang ia akan lebih banyak berinfak. Pengertian "berinfak" dalam hadith ini bersifat umum atau tidak hanya terbatas pada keluarga dan tamu, yang wajib mahupun yang sunnah. Berinfak pada saat memerlukan merupakan manifestasi dari keimanan kepada Allah, zuhud terhadap kehidupan dunia dan tidak banyak berangan-angan. Hal ini membuktikan bahawa hadith tersebut adalah hadith marfu' (dinisbahkan kepada Rasulullah), kerana perkataan seperti itu hanya berasal dari lisan orang yang memiliki jawamiul kalim. Wallahu 'Alam.

Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Gazirah Abdi Ummah. Cetakan 9. Jilid 1. Jakarta : Pustaka Azzam. Halaman 146-147.

PENGKHABARAN RASUL TENTANG AL-FITAN

PENGKHABARAN RASUL TENTANG AL-FITAN




حدثنا أبو اليمان أخبرنا شعيب عن الزهري (ح) . وحدثنا إسماعيل حدثني أخي عن سليمان عن محمد بن أبي عتيق عن ابن شهاب عن هند بنت الحارث الفراسية أن أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم قالت: استيقظ رسول الله صلى الله عليه وسلم ليلة فزعا يقول ( سبحان الله ماذا أنزل الله من الخزائن وماذا أنزل من القتن من يوقظ صواحب الحجرات – يريد أزواجه لكي يصلين- رب كاسية في الدنيا عارية في الأخرة

Maksudnya:

Daripada Ibn Syihab daripada Hindun binti al-Harith bin al-Firasiyyah, sesungguhnya Ummu Salamah isteri Nabi s.a.w berkata: Rasulullah telah bangun pada waktu malam dengan mengejut dan bersabda: Apa yang Allah turunkan daripada harta-harta dan apa yang Allah turunkan daripada fitnah? Siapakah yang boleh menolong untuk mengejutkan puan-puan ( Isteri-isteri ) empunya bilik supaya mereka solat. Boleh jadi orang yang memakai pakaian di dunia tidak akan berpakaian di akhirat.


(BUKHARI. KITAB ILMU. BAB ILMU DAN NASIHAT DI MALAM HARI. NO HADITH 6658)



Keterangan Hadith :

Maksud Imam Bukhari tentang bab mengajarkan ilmu di malam hari adalah menjelaskan bahawa larangan bercengkerama setelah isyak’ adalah khusus dalam masalah yang tidak ada unsur kebaikannya. سبحان الله ماذا. Kata istifham (pertanyaan) dalam kalimah ini menggambarkan rasa takjub dan pengagungan. أنزل (Diturunkan). Maksudnya, bahawa para malaikat telah turun untuk memberitahukan tentang perkara-perkara yang telah ditetapkan, atau Nabi S.a.w bermimpi telah diturunkan wahyu kepada baginda mengenai bencana dan fitnah yang akan terjadi setelah meninggalnya.صواحبات الحجر. Maksudnya, rumah-rumah para isteri Nabi s.a.w . Dikhususkannya mereka untuk dibangunkan, adalah kerana pada saat itu mereka hadir atau juga hal ini termasuk “Mulailah dari diri anda sendiri kemudian baru keluarga anda”.


Pengajaran hadith :


1). Hendaknya seorang suami membangunkan isterinya di malam hari untuk menunaikan ibadah terlebih lagi tatkala terjadi/muncul tanda-tanda kebesaran Allah.
2). Anjuran untuk bersegera melakukan solat tatkala merasa takut datangnya keburukan, demikian pula kebiasaan Nabi s.a.w kalau sedang merasa tertekan akibat suatu perkara maka beliau segera menunaikan solat.
3). Boleh mengucapkan tasbih (subhanallah) ketika menyaksikan sesuatu yang mengerikan (maksudnya turunnya fitnah).



1.       Ibnu Hajar al-Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah: Gazirah Abdi Ummah. Cet. 9. Jil. 1. Jakarta: Pustaka Azzam. Hlm 402-403.

KEUTAMAAN ORANG YANG PERGI KE MASJID DAN KEMBALI

KEUTAMAAN ORANG YANG PERGI KE MASJID DAN KEMBALI

.عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ ص قَالَ : " مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنَ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda,”Barangsiapa pergi ke masjid dan kembali, nescaya Allah akan menyiapkan untuknya tempat tinggal di syurga setiap kali ia pergi dan kembali.”

Keterangan hadith :
Makna asal kata غَدَا adalah “pergi”, sedangkan lafaz رَاحَ adalah kembali. Makna asal kata غَدَا adalah berangkat pada waktu pagi, sedangkan رَاحَ adalah pergi setelah matahari tergelincir. Kemudian keduanya biasa digunakan untuk menyatakan setiap perbuatan berangkat dan kembali tanpa dibatasi waktu.

كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ (setiap kali berangkat atau kembali) Makna lahiriah hadith ini menyatakan bahawa keutamaan tersebut akan dikurniakan kepada setiap orang yang mendatangi masjid. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah khusus bagi mereka yang datang untuk beribadah khususnya mendirikan solat.

-WALLAHU A’LAM-

Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Gazirah Abdi Ummah. Cetakan 6. Jilid 4. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab Adzan. Bab 37. Halaman 206.