Thursday 1 May 2014

KEWAJIBAN SOLAT BERJEMAAH

KEWAJIBAN SOLAT BERJEMAAH

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا مَالِكٌ ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ ، عَنِ الْأَعْرَجِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ ص قَالَ : " وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ، ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا، ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيَؤُمَّ النَّاسَ، ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ يَعْلَمُ أَحَدُهُمْ أَنَّهُ يَجِدُ عَرْقًا سَمِينًا أَوْ مِرْمَاتَيْنِ حَسَنَتَيْنِ لَشَهِدَ الْعِشَاءَ "

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh telah timbul keinginanku untuk memerintahkan agar kayu bakar dikumpulkan. Kemudian aku memerintahkan solat dan dikumandangkan azan, lalu aku memerintahkan seseorang untuk mengimami manusia. Kemudian aku pergi kepada beberapa orang lelaki, lalu aku bakar rumah-rumah mereka. Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, apabila salah seorang mereka mengetahui bahawa ia memperoleh tulang yang gemuk atau daging yang baik, nescaya ia akan menghadiri solat Isya’.”

Keterangan hadith :

Menurut Atha’,Al-Auza’i, Ahmad dan sejumlah ahli hadith dalam mazhab Syafi’i menyatakan solat berjemaah merupakan kewajiban individu (fardhu ‘Ain).

Menurut Daud dan orang yang sefahaman dengannya menyatakan solat berjemaah ialah syarat sah solatnya. Akan tetapi pemahaman seperti ini tidak dapat diterima, kecuali apabila diakui bahawa semua yang diwajibkan pada solat menjadi syarat bagi solat itu. Oleh itu, Imam Ahmad menyatakan bahawa “Sesungguhnya solat berjemaah hukumnya wajib dan bukan sebagai syarat sahnya solat.”

Manakala pernyataan tekstual Imam Syafi’i menyatakan bahawa solat berjemaah adalah kewajiban sosial (fardhu kifayah). Inilah yang menjadi pendapat majoriti ulamak mazhab Syafi’i. Pendapat ini juga disepakati oleh sebahagian ulamak mazhab Hanafi dan Maliki.

Pendapat masyhur di kalangan ulamak lainnya adalah bahawa solat berjemaah hukumnya sunat muakkadah (sunat yang sangat dianjurkan).

-WALLAHU A’LAM)

Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Gazirah Abdi Ummah. Cetakan 6. Jilid 4. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab Adzan. Bab 29. Halaman 136-139.

No comments:

Post a Comment