Thursday 1 May 2014

LARANGAN MEMBUAT ZALIM DAN PERINTAH MENGEMBALIKAN HAK ORANG YANG DIZALIMI

LARANGAN MEMBUAT ZALIM DAN PERINTAH MENGEMBALIKAN HAK ORANG YANG DIZALIMI

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ، حَدَّثَنَا دَاوُدُ، - يَعْنِي ابْنَ قَيْسٍ - عَنْ عُبَيْدِ، اللَّهِ بْنِ مِقْسَمٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " اتَّقُوا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاتَّقُوا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ "

Terjemahan:
Dari Jabir r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Takutlah kalian terhadap kezaliman. sebab, kezaliman merupakan kegelapan pada hari kiamat kelak. Dan takutlah kalian dengan sifat Bakhil, Sebab sifat bakhil telah membinasakan orang-orang sebelum sekalian. Kezaliman dan kebakhilan itulah yang telah mendorong mereka untuk melakukan pertumpahan darah dan menghalalkan wanita-wanita yang telah diharamkan bagi mereka.” ( Hadis Riwayat Muslim)

Sumber: Sahih Muslim, Kitab (البر والصلة والآداب) Bab ( تَحْرِيمِ الظُّلْمِ ). Hadis No 2578.

FAEDAH HADIS:
1. Kezaliman dan kebakhlian merupakan perbuatan dosa besar yang boleh menyebabkan kebinasaan dunia dan kesedihan yang mendalam pada hari kiamat kelak
2. Ketamakan terhadap dunia akan menyeret umat kepada kemaksiatan dan menjerumus kepada perbuatan yang keji

(Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, 2005, Syarah Riyadhus Shalihin Penterjemah : M Abdul Ghoffar. Cetakan Pertama. Jilid 1. Jakarta : Pustaka Imam Asy-Syafii. Bab 26. Halaman 517.

No comments:

Post a Comment