Thursday 1 May 2014

MEMBERI PETUNJUK KEPADA KEBAIKAN DAN MEGAJAK KEPADA KEBENARAN DAN KESESATAN

MEMBERI PETUNJUK KEPADA KEBAIKAN DAN MEGAJAK KEPADA KEBENARAN DAN KESESATAN

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَابْنُ، حُجْرٍ قَالُوا حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، - يَعْنُونَ ابْنَ جَعْفَرٍ - عَنِ الْعَلاَءِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا " .

TERJEMAHANYA :

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyeru kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala yang didapat oleh orang yang mengikutinya tanpa sedikit pun menguranginya pahala mereka. Juga siapa sahaja yang menyeru kepada kesesatan, maka baginya dosa seperti dosa orang yang mengikutinya, dan hal itu tidak mengurangi sedikit pun dari dosa mereka

(Sumber: Sahih Muslim, Kitab Ilmu Bab Memberi Petunjuk Kepada Kebaikan Dan Mengajak Kepada Kebenaran Dan Kesesatan. Hadis No 2674).

FAEDAH HADIS:

1. Orang yang menjadi penyebab dilakukanya sesuatu perbuatan dan orang yang melakukan perbuatan tersebut mempunyai nilai yang sama baik dalam hal siksaan mahupun pahala
2. Hendaklah seorang muslim menghindari seruan-seruan palsu serta menjauhi teman yang jahat, sebab dia ikut tanggungjawab terhadap apa yang dia kerjakan.

(Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, 2005, Syarah Riyadhus Shalihin Penterjemah : M Abdul Ghoffar. Cetakan Pertama. Jilid 1. Jakarta : Pustaka Imam Asy-Syafii. Bab 20. Halaman 445-446)

No comments:

Post a Comment